Tuesday, May 3, 2011

selamat Tinggal BES welcome SabahFM

Salam kepada semua,

Agak lama tidak menulis diruangan ini, namun selepas lembaran baru serta suasana di tempat bertugas Baharu mungkin ada kesempatan menterjemah dengan menjenguk ruangan ini. selepas dua minggu menjalani kursus wajib Induksi khusus dan Umum di Port dickson Negeri Sembilan bermula 17 hingga 18 april lalu.
Selepas mengharungi suasana penat, duka serta gembira akhirnya alhamdulillah berjaya menghabiskan tempoh tersebut tanpa ada sebarangan masalah yang dihadapi. Tiba saat baru diharungi suasana baru di alam penyiaran (DJ) yang tidak pernah dilalui sebelum ini.
Hari pertama masuk pejabat di BES, agak sunyi maklumlah sudah tertera meninggalkan pejabat serta berpindah ke tempat baru namun masih singgah di tempat lama mengajak rakan-rakan minum dan bersarapan pagi.
Selepas menjamu selera di kantin RTM, tiba masa melaporkan diri di ruang baharu SabahFM bertemu dengan Penolong Pengurus, Cusna ....Welcome SabahFM....

Sunday, November 15, 2009

Muda VS Mewah join Umno- kata Tun Mahathir

Selepas sepuluh tahun barulah berkesempatan membuat liputan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menyampaikan Wacana Ilmu anjuran Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Sabah.
Agak gementar juga rasanya selepas fakta yang dikeluarkan sejak mula mukadimahnya terbayang di minda 'Tahap Pemikiran Tun Mahathir' tiada tolok bandingnya di negara ini. Saya merakam semua ucapanya, sehingga ingin dikongsikan dalam blog ini agar menjadi tatapan seluruh rakan-rakan dalam blog ini.
Menurutnya, jika Umno Mcm parti Pas alangkah baiknya, kerana baru seminggu jadi ahli boleh tanding jawatan sekalo gus mampu menjadi calon dalam pilihan raya umum. Begitu berbeza di dalam Umno sudahlah disekat menjadi keahlian, takut kuasa ditarik di peringkat paling rendah Ketua Cawangan begitu amat disesali.
Selain itu, sikap generasi selepas merdeka menyertai Umno bukan kepada perjuangan memerdekakan parti berbanding ahli-ahli terdahulu. Golongan muda lebih terdedah kepada sikap memajukan dengan mencari hasil kekayaan kontrak dalam umno untuk diri, mengumpul harta berkoyan-koyan, kereta berjela-jela 'kings' nya sehingga menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat sekelilingnya.
Jika inilah perjuangan menyertai parti Umno sudah tentu matlamat menjelmakan umno di dalam pilihan raya umum ke-13 akan nampak sedikit parah sekali gus memperlihatkan rakyat terlalu bosan dengan apa yang diperoleh, disamping rakyat masih terus menderita.
Dikesempatan lain saya akan kememukakan secara lengkap pita ucapan Tun Mahathir di dalam blog ini agar semua dapat berkongsi pengalaman, pengetahuan disamping memperkasakan Umno di masa depan.

Monday, October 26, 2009

Borneo Faza Travel & Tours


{NavHeader}
{/NavHeaderFormat}
-->
BORNEO FAZA TRAVEL & TOUR
Be Wild, Be Adventurous, Be in Borneo... A journey of lifetime..meet the "Wildman of Borneo", conquer the majestic Mount Kinabalu, Dive to the World of Sipadan...So much more to explore, so much fun awaits! Come Explore With Us
Home
Destinations
Tours Available
Photo Gallery
Members
Service Provided
Calendar
Team Management
Contact Us
Introduction to Malaysian Borneo
Borneo is the world's third largest island after Greenland and Papua New Guinea . It is strategically located in South East Asia and is linked with numerous international and domestic flights. Borneo is occupied by 3 countries, with the largest portion owned by Indonesia (Kalimantan) followed by Malaysia (Sabah and Sarawak) and Brunei .
Malaysian-Borneo comprises of 2 states – Sabah and Sarawak. Sabah, with its capital city of Kota Kinabalu, is intimately referred to as the ‘Land Below the Wind’ and was formerly known as North Borneo.
Sabah is renowned for its untouched rainforest which provide shelters for a myriad of rare wildlife species. Ecolodges with minimal impact on the environment such as Sukau Rainforest Lodge are offering visitors a few days of wonderful experience to spot wildlife via river cruises.
Apart from nature, Borneo is a haven for ardent divers as it offers exceptionally gorgeous underwater marine life. Sipadan Island and the surrounding islands are immensely ideal for diving and it had been repeatedly rated as one of the best dive spots in the world. As for the adventurers, trekking Mount Kinabalu is a must do activity in Borneo . Being the highest peak between the Himalayas and Papua New Guinea, this 4095m tall mountain is not only gorgeous but is deemed as a monumental landmark in Borneo.
Surrounded by azure and crystal clear oceans, Borneo is blessed with long white sandy beaches over thousands of kilometers. Studded like jewels in the midst of the oceans, there are a number of lovely and green lush islands off the coast. They are easily accessible and the famous being Tunku Abdul Rahman Park Marine Park off Kota Kinabalu and the world acclaimed " Survivor Island " (Pulau Tiga).
Borneo is also home to the largest cave system in the world. Also surrounded with pinnacles, Mulu National Park in Sarawak is the place for physically - fit visitors to confront the eco challenge and to experience the thrill of the surrounding ecology.
Whenever you touch down in Borneo , you stand a chance to meet the locals and observe their unique cultures. Borneo is dwelled by various indigenous and you can see the local folks up close when you visit the tribal long houses in Skrang, Sarawak and Kudat in Sabah . Though the people of Borneo are made up of different background and practice different beliefs, yet they are living in harmony thus making Borneo a peace and safe place to visit.

Besides these remarkable destinations Borneo is offering, alternatively you can take part in exciting or classic activities such as sightseeing, white water rafting, riding antique train, golfing, shopping as well as sampling scrumptious local food and beverage. In short, Borneo has what it takes to be your favorite destination. Even more interestingly, more and more newly married couples are considering Borneo as their honeymoon destination!

Tuesday, October 13, 2009

Penerbit Rancangan B27

Agak lama tidak mengemaskini 'laman Blog Borneo Faza' ini. Mungkin kekangan masa akibat kerap kali bertugas membuat liputan di sana-sini akhirnya terlepas pandang sedikit blog ini.
Apapun tarikh keramat yang dianggap penentuan kerjaya di RTM pada 15.10.2009, selepas berjaya menerima surat temuduga ke jawatan penerbit rancangan B27. Maklumlah jawatan kini hanya penerbit rancangan b17 agak jauh berbeza dari segi gred dan gaji.
Namun dari segi kerja agaknya, gred yang saya pegang kini sudah membuat kerja-kerja liputan besar sehingga ke acara Perdana Menteri. Kemungkinan pengalaman bekerja selama mana di surat khabar, sedikit sebanyak mendewasakan sehingga boleh melakukan terbaik dari segi liputan yang diberikan.
Alhamdulilah.Mungkin kali ini merupakan cara terbaik untuk meningkatkan sedikit pendapatan sekali gus berupaya memegang jawatan baik sedikit agar sama-sama boleh bekerja dengan calon-calon muda di sini. Insallah mungkin ini peluang terbaik semoga semuanya berjalan lancar.

Sunday, August 2, 2009

Ahli Sapp sertai Umno di Sepanggar

















'TARIAN MAGUNATIP' yang dipersembahkan kumpulan penari pelbagai kaum di Mesyuarat Umno Bahagian Sepanggar menunjukkan keyakinan lebih ramai ahli parti pembangkang di kawasan Sepanggar menyertai Umno dalam tempoh terdekat.
Ungkapan itu disuarakan Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Jumat Haji Idris selepas berjaya menarik seramai 210 daripada kira-kira 1,300 bekas ahli Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Sepanggar menyerahkan borang keahlian UMNO.
Majlis penyerahan itu dilakukan sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepanggar yang berlangsung di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS), ahad lalu.
Lebih sempurna apabila penyerahan borang diterima Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shaziman Abu Mansor yang juga Menteri Kerja Raya Malaysia sambil disaksikan, Wakil Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail.
Jumat berkata, selebihnya akan menyerah borang kemasukan UMNO dalam bulan ini dan keputusan itu dibuat selepas hilang kepercayaan terhadap parti pembangkang.
"Kira-kira 1,000 lagi akan menyerahkan borang sebelum bulan puasa, mereka sebelum ini mendakwa tidak dipeduli dan dipinggirkan," katanya.
Keputusan itu memberikan keyakinan terhadap 'UMNO Bahagian Sepanggar' dapat merampas semula kerusi Parlimen Sepanggar daripada Parti Maju Sabah (SAPP) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Menurut Jumat berkata, ini kerana daerah tersebut mempunyai 70 peratus pengundi bumiputera Islam dan pada masa yang sama UMNO mempunyai 17,000 ahli.
"Kita yakin seramai 28,000 pengundi di Parlimen Sepanggar akan memilih UMNO pada pilihan raya akan datang walaupun daerah itu merupakan kubu kuat SAPP.
"Ramai yang tidak menyedari kemenangan SAPP pada pilihan raya umum lepas adalah hasil bantuan daripada jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.
Oleh itu katanya, keyakinan UMNO untuk menang adalah berasas dan kini parti tersebut sudah mula turun padang bagi mendampingi rakyat sekali gus menyelami masalah mereka.
Terdahulu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shaziman Abu Mansor yang juga Menteri Kerja Raya Malaysia meminta semua ketua-ketua cawangan bahagian itu supaya mula bekerja dari sekarang dan merapati rakyat untuk membantu mereka.
Katanya, strategi itu perlu dimulakan ketika ini dan bukan menjelang pilihan raya umum kerana jika berbuat demikian pada musim pilihan raya pengundi akan hilang kepercayaan.
"Mereka akan kata apabila musim pilihan raya baru nampak batang hidung, baru mahu tolong orang susah, ibu tunggal dan orang kurang upaya sedangkan sebelum ini tidak ada pun," katanya.
Sementara itu, bekas Pengerusi SAPP cawangan Kampung Bangka-Bangka, Karim Boulu, 71, berkata, seramai 30 bekas ahli SAPP cawangan itu bertindak keluar daripada parti itu.
Katanya, sejak menjadi parti bebas, mereka hilang kepercayaan terhadap hala tuju SAPP yang dilihat terumbang ambing dan tidak mampu memperjuangkan nasib orang Sabah.
Hadir sama dalam majlis itu, Wakil Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail, Ketua Wanita UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Jainab Ahmad, Timbalan Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Yakub Khan dan Naib Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Hajah Zaiton Datuk Seri Panglima Haji Kassim.
-ends
Caption story.
1). SERAH BORANG.......Shaziman (dua dari kiri) menerima borang Umno daripada penyokong kuat SAPP dalam perasmian mesyuarat Bahagian Umno Sepanggar, di UMS kelmarin.
2). CENDERAHATI........ Jumat (kiri) menyampaikan cenderhati kepada Shaziman selepas merasmikan mesyuarat Bahagian Umno Sepanggar sambil disaksikan wakil Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail di UMS kelmarin.
3). SHAZIMAN....bergambar kenangan bersama ahli parti pembangkang yang menyertai Umno Bahagian Sepanggar di UMS kelmarin.
4). PERWAKILAN......Para perwakilan menyanyikan lagu Umno sempena persidangan Bahagian Umno Sepanggar, di UMS kelmarin.
5). JUMAT....Ketua Umno Bahagian Sepanggar menyampaikan ucapan sempena mesyuarat Bahagian Umno Sepanggar, di UMS kelmarin.
6). MAGUNATIK....Sempena mengalu-alukan kehadiran para pewakilan di mesyuarat Bahagian Umno Sepanggar, di UMS kelmarin.
7). CERIA...Jumat bersama wakil perhubungan Umno negeri, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail.
8). PELAJAR CEMERLANG....Shaziman menyampaikan cenderahati kepada ibu pelajar cemerlang memperoleh Kelas Satu Ijazah di mesyuarat Bahagian Umno Sepanggar, di UMS kelmarin.

Sunday, July 5, 2009

Keluargaku

Media Cetak & Elektronik

Genap dua tahun menganggotai perkhidmatan awam bertugas di Bilik Berita RTM Kota Kinabalu, Sabah. Berbanding sebelum ini pernah bekerja di media cetak memang wujud perbezaan ketara dalam penyesuaian ke arah penulisan berbentuk 'Pendek-Padat-Cepat'.
Adakalanya terikat dengan peraturan jabatan, namun sedikit sebanyak belajar menulis ke arah 'Balance Reporting'. Sebagai contoh story masalah setinggan di kampung delima melayu sehingga menjadi dilema kepada seribu lima ratus penduduk di kawasan itu.
Syukur kepada tuhan akhirnya, penduduk di kampung itu menang dalam perbicaraan mahkamah, sedikit sebanyak sebagai orang yang diamanahkan membuat laporan tersebut 'tersentuh' selepas mendengar khabar berita yang disampaikan pengerusi jawatankuasa bertindak Kg Delima Melayu, Datuk Utoh Haji Usbah.